Rabu, 13 Ogos 2014

Kenangan terakhir...


Red Valvet... menyimpan seribu satu kenangan yang mengusik hati... Kek inilah yang aku buat khas untuk menyambut hari lahir emak yang ke-56 tahun awal Januari tahun ini... Mak begitu gembira dan asyik memuji keenakan kek yang aku buat... Mak memang sentiasa menyokong minat aku kerana mak juga seorang yang mahir memasak dan membuat kuih...

Tapi untuk tahun hadapan dan tahun-tahun yang akan datang... tiada lagi kek untuk mak... sebab mak dah kembali kepada Penciptanya yang Maha Agung... semoga mak tenang dan aman disana... Alfatihah untuk mak...

Miss u so much mak...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan