Isnin, 18 Ogos 2014

Dah berapa hari tak singgah kat blog saya ni rasa rindu pulak... Emmmm hari ni diarahkan untuk menghadiri bengkel atas urusan kerja... nampaknya tak berasap lah dapur selama tiga hari... semalam pun ada tempahan cheese tart yang tak dapat disiapkan... Syukur tempahan karipap frozen dapat disiapkan...macam nak patah pinggang siapkan karipap frozen saya tu sebanyak 500 biji... Alhamdulillah itu semua rezeki... cuma penat sikitlah...

nampaknya rindu-rinduan lah dengan dapur dan oven saya... tapi lebih rindu dengan cik abang sayang saya lah... hehehehehehe

Rabu, 13 Ogos 2014

Tepung Pelita untuk Kak Masirah...


Assalamualaikum... salam pagi penuh ceria di hari khamis nan indah ini.. cewaahhhhhh... Alhamdulillah siap pun tepung pelita tempahan seorang pelanggan setia... hehehehehe... katanya untuk dijamu pada malam ni sebab ada marhaban di rumah beliau... saya buat tepung pelita ni tak guna daun pisang.. tapi guna bekas kecil-kecil ni, selain daripada mudah ia juga lebih hygenic lah...

** pic ni saya amek kat Mr Google... pagi tadi dah kelam kelibut nak ge ofis sampai terlupa nak snap pic.. tapi rupanya beginilah tepug pelita saya... Emmmmmmmmm

Kenangan terakhir...


Red Valvet... menyimpan seribu satu kenangan yang mengusik hati... Kek inilah yang aku buat khas untuk menyambut hari lahir emak yang ke-56 tahun awal Januari tahun ini... Mak begitu gembira dan asyik memuji keenakan kek yang aku buat... Mak memang sentiasa menyokong minat aku kerana mak juga seorang yang mahir memasak dan membuat kuih...

Tapi untuk tahun hadapan dan tahun-tahun yang akan datang... tiada lagi kek untuk mak... sebab mak dah kembali kepada Penciptanya yang Maha Agung... semoga mak tenang dan aman disana... Alfatihah untuk mak...

Miss u so much mak...

Selasa, 12 Ogos 2014

Alhamdulillah... minggu ni tidak putus-putus tempahan kuih-muih daripada para pelanggan yang saya kasihi. Terima kasih banyak-banyak ye... kepuasan melanda diri apabila pelanggan berpuas hati dan gembira dengan hasil sentuhan air tangan saya itu... Terima kasih ALLAH... atas nikmat kurniaMu ini...

Ahad, 10 Ogos 2014

Permulaan yang manis...

Assalamualaikum... salam perkenalan buat semua penggemar roti dan kek... Saya ni baru nak berjinak-jinak dgn dunia blog... baru nak mencuba... sebab sebelum ni saya guna medium lain untuk membuat promosi atau berkongsi apa juga perkembangan saya... Saya ada membuat dan membekal roti dan kek kepada para pelanggan... Selain itusaya ada juga membuat dan membekal kuih-muih tradisional... Saya harap apa yang saya kongsi disini dapat membantu anda semua ya...