Memasak... sememangnya hobi yang kini menjadi salah satu sumber pendapatan. Mula-mula memang akan rasa penat yang amat. Tido tak cukup rehat apatah lagi. Semua nak kena lincah takut terlambat hantar pada customer. Lebih-lebih lagi bila waktu bekerja. Aduhaiii rasa nak tercabut kaki dan tangan.
Tapi sekarang syukur sebab suami banyak membantu. Sebab dia pun ada minat yang sama. Dulu dia banyak melarang sebab bimbang saya akan kepenatan dan tidak dapat membahagikan masa. Tapi saya buktikan yang walaupun sibuk bekerja dan mencari pendapatan sampingan, quality time bersama dia tetap saya utamakan.
Semua perkara kami buat bersama-sama. Suami tau bahagian dia dan saya tau bahagian saya. Masing-masing buat kerja tanpa perlu dipaksa atau diarah. Tau-tau dah siap. Memang seronok dan tidak dinafikan ia semakin mengeratkan kasih sayang kami. Berselisih pendapat sikit tu biasalah. Asyik nak menang memang lumrah manusia lah kan. hahahah...
Tak lama lagi dah nak Ramadan, maknanya bermula lah misi menjual biskut raya pulak. Hai hai... orang sibuk nak beribadat kita sibuk nak menjual pula. Sambil-sambil lah kan...
Semoga Ramadan dan Syawal kali ni lebih bermakna.. Jumpa lagi di lain kali <3 <3 <3
XOXO
Azlin Safrin
Al-Ain Manis ... Catatan Si Penjual Kek
Ahad, 15 April 2018
Rabu, 1 November 2017
Penghujung 2017
Setelah hampir dua tahun...
Assalamualaikum... Allahu... hampir saya terlupa dengan blog yg saya create ni... entah mcm mane pagi ni saya bole "terjumpa" semula blog saya... ni semua gara-gara nak google resepi hehehe...
Tahun 2017 hampir ke penghujungnya.. tapi ia bakal memulakan sesuatu yang baru dalam hidup saya... tahun yang penuh dengan ujian dan dugaan... tahun yang benar-benar mematangkan saya sebagai seorang wanita... semoga semua kepahitan yang saya lalui akan saya tinggalkan sebagai kenangan yang tak akan ditempuhi lagi...
Semakin bersemangat untuk menempatkan diri sebaris dengan baker-bakers hebat lain... mudah-mudahan semua cita-cita saya akan direalisasikan menjelang tahun 2018...
Dengan penjenamaan semula produk saya... kenalkan AL-AIN MANIS BAKERI...
XOXO untuk semua pencinta kek dan roti (",)

Rabu, 18 Februari 2015
Tempat baru... azam baru... keyakinan baru...
Alhamdulillah... dapat juga saua luangkan masa untuk menulis di blog yang hampir2 "hilang" dari pandangan... telah dua bulan berlalu... penghijrahan yang tidak diduga.. namun memberi impak yang sangat2 menggembirakan...
Dulu... hampir saya patah semangat untuk meneruskan perjuangan di dalam bidang bakery ni... tapi kerana sokongan dan sambutan yang menggalakkan daripada teman2 di tempat yang baru ni, buatkan saya lebih bersemangat demi meneruskan cita2 dan impian saya untuk menjadi seorang usahawan bakeri yang berjaya suatu hari nanti...
Semoga akan lebih kaya dan berjaya... amin...

Isnin, 18 Ogos 2014
Dah berapa hari tak singgah kat blog saya ni rasa rindu pulak... Emmmm hari ni diarahkan untuk menghadiri bengkel atas urusan kerja... nampaknya tak berasap lah dapur selama tiga hari... semalam pun ada tempahan cheese tart yang tak dapat disiapkan... Syukur tempahan karipap frozen dapat disiapkan...macam nak patah pinggang siapkan karipap frozen saya tu sebanyak 500 biji... Alhamdulillah itu semua rezeki... cuma penat sikitlah...
nampaknya rindu-rinduan lah dengan dapur dan oven saya... tapi lebih rindu dengan cik abang sayang saya lah... hehehehehehe
nampaknya rindu-rinduan lah dengan dapur dan oven saya... tapi lebih rindu dengan cik abang sayang saya lah... hehehehehehe
Rabu, 13 Ogos 2014
Tepung Pelita untuk Kak Masirah...
Assalamualaikum... salam pagi penuh ceria di hari khamis nan indah ini.. cewaahhhhhh... Alhamdulillah siap pun tepung pelita tempahan seorang pelanggan setia... hehehehehe... katanya untuk dijamu pada malam ni sebab ada marhaban di rumah beliau... saya buat tepung pelita ni tak guna daun pisang.. tapi guna bekas kecil-kecil ni, selain daripada mudah ia juga lebih hygenic lah...
** pic ni saya amek kat Mr Google... pagi tadi dah kelam kelibut nak ge ofis sampai terlupa nak snap pic.. tapi rupanya beginilah tepug pelita saya... Emmmmmmmmm
Kenangan terakhir...
Red Valvet... menyimpan seribu satu kenangan yang mengusik hati... Kek inilah yang aku buat khas untuk menyambut hari lahir emak yang ke-56 tahun awal Januari tahun ini... Mak begitu gembira dan asyik memuji keenakan kek yang aku buat... Mak memang sentiasa menyokong minat aku kerana mak juga seorang yang mahir memasak dan membuat kuih...
Tapi untuk tahun hadapan dan tahun-tahun yang akan datang... tiada lagi kek untuk mak... sebab mak dah kembali kepada Penciptanya yang Maha Agung... semoga mak tenang dan aman disana... Alfatihah untuk mak...
Miss u so much mak...
Langgan:
Catatan (Atom)